BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Cool text generator

Saturday, December 25, 2010

Dengar ye sahabat-sahabat ku!!!!!!!!

Saya ada pantun untuk kawan baik saya..

Mengintai kejora di malam hari,
Hanya kelihatan menjelang pagi,
Terima kasih sahabat kerana memahami,
Segala kelemahan diriku ini.

Suara si pungguk mendayu-dayu,
Memuja bulan x pernah jemu,
Biar di dunia kuhimpun rindu,
Di akhirat sana kupohon bertemu,

Anak haruan mati terperangkap,
Jangan keli dikata sepat,
Padamu sahabat daku berharap,
Di sudut hatimu namaku terpahat.

Yang merah itu dikatakan saga,
Yang indah itu dikatakan bahasa,
Bagaimana akhirnya persahabatan kita?
Mampukah meruntun hingga ke Syurga?

Merenung langit di kala senja,
Mengharap tajar akan menjelma,
Padamu Tuhan kupanjatkan doa,
Persahabatan ini subur selamanya.

TERIMA KASIH SAHABATKU!!

0 comments: